‘Kami tidak patut kalah’ - Utusan Malaysia

‘Kami tidak patut kalah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 3 Jan. – Pengurus Newcastle United, Rafael Benitez kecewa pasukannya dijinakkan 0-2 oleh Manchester United hari ini, sedangkan dia percaya mereka sebenarnya berhak meraih kemenangan.

Dalam aksi di St James Park, Magpies menguasai permainan, namun satu kesilapan dari Martin Dubravka menjadi bencana untuk gol pertama.

Penjaga gol Slovakia itu gagal menangkap dengan sempurna tendangan bebas Marcus Rashford yang akhirnya disudahkan oleh Romelu Lukaku untuk United mendahului 1-0 pada minit ke-63.

“Kami patut kecewa melihat bagaimana kami kalah kerana pasukan ini telah beraksi dengan baik, jauh lebih baik daripada lawan kami. Ini tidak adil.

“Kami melakukan satu kesalahan dan dihukum untuk gol pertama. Selepas itu kami teruskan beraksi dengan baik, namun gol kedua tiba lewat hasil serangan balas.

“Melihat apa yang kami lakukan dalam tempoh 85 minit, kami layak dapat lebih daripada satu kekalahan,” kata Benitez.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN