NEWCASTLE 30 Jan. – Pep Guardiola menegaskan harapan Manchester City untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) masih utuh walaupun mengakui Liverpool berpeluang besar untuk menjarakkan kedudukan mereka dalam perebutan trofi kejohanan tersebut. PEP GUARDIOLA – REUTERS Skuad The Citizens tewas mengejut 1-2 kepada Newcastle sekali gus membuka ruang kepada pasukan kendalian Jurgen Klopp. Perlawanan ke-100 Guardiola bersama City bertukar menjadi pahit di St James Park meskipun Sergio Aguero meletakkan The…










