Kaji semula waktu rehat sekolah - Utusan Malaysia

Kaji semula waktu rehat sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENAGRANG,
SEDANG
kita sibuk membincangkan mengenai pakaian seragam sekolah yang sesuai mengikut cuaca, keselesaan dan keseragaman bagi semua kaum, perlulah kita juga membincangkan mengenai waktu persekolahan dan waktu makan tengah hari pelajar-pelajar kita.

Hampir semua sekolah kerajaan mempunyai waktu sekolah pagi bermula pukul 7.20 pagi. Pada waktu rehat pula dalam 9.30 pagi. Adakah sarapan pagi ini akan memberi tenaga kepada pelajar sehingga tamat waktu persekolahan pukul 1.50 petang?

Murid sesi petang yang perlu menghadiri aktiviti kokurikulum pula harus berada di sekolah pada pukul 11.30 pagi. Haruskah pelajar ini berlapar sehingga 3.40 petang untuk waktu rehat? Dengan jumlah pelajar yang ramai, mereka terpaksa makan cepat kerana waktu rehat yang diberikan sekitar 20 hingga 30 minit sahaja.

Pakar nutrisi telah menyarankan agar makan tengah hari perlu mengikut waktu yang sesuai bagi mengelakkan pelbagai masalah kesihatan. Sedangkan pada sesi persekolahan kita terpaksa mendidik anak-anak supaya tidak makan tengah hari. Adakah ini wajar?

Harap perkara ini diberi perhatian oleh pihak Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan berhubung waktu rehat persekolahan.

G. JOTHI

Kerinchi, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×