Kaji semula larangan shisha di premis makanan - Utusan Malaysia

Kaji semula larangan shisha di premis makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Dewan Perdagangan dan Pembangunan Usahawan Malaysia (DPPUM) meminta Kementerian Kesihatan mengkaji semula larangan penggunaan shisha di premis makanan memandangkan peraturan dalam kempen itu tidak cukup menyeluruh serta merugikan peniaga. 


Timbalan Presidennya, Mohd. Faizal Noordin berkata, pihaknya menerima aduan daripada beberapa ahli yang juga peniaga shisha mengenai arahan menutup perniagaan mereka oleh restoran kerana risau dikenakan tindakan pihak berkuasa tempatan.


“Sebelum ini pendapatan jualan shisha boleh mencecah RM9,000, namun sejak arahan dikeluarkan pelanggan mulai merosot dan kebanyakan peniaga juga tertekan kerana pendapatan mereka terhalang.


“Kami memohon agar kerajaan memberikan tempoh bertenang kepada peniaga bagi meneruskan operasi untuk mengelakkan pendapatan isi rumah mereka terjejas selain membantu mengurangkan masalah pengangguran,” katanya dalam sidang akhbar di Jalan Usahawan di sini hari ini.


Mohd. Faizal memberitahu, DPPUM akan menghantar kertas cadangan kepada kementerian terbabit selepas mengadakan sesi ‘Townhall’ bersama pengguna dan pengusaha dalam industri shisha penghujung bulan ini untuk membincangkan penyelesaian yang sesuai serta adil. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×