Kaji sebelum umum tarif air naik - Utusan Malaysia

Kaji sebelum umum tarif air naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
ANTARA
isu nasional yang paling panas dibincangkan mutakhir ini ialah cadangan kerajaan untuk menaikkan tarif air. Sebelum itu rakyat kecoh berhubung isu untuk menukar warna kasut pelajar sekolah.

Walaupun ada beberapa lagi isu lain yang meresahkan rakyat, namun dua isu ini melibatkan tarif air dan warna kasut sekolah sangat menyentuh hati nurani seluruh rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40).

Walaupun kerajaan memberi alasan kenaikan kadar tarif air sebagai usaha untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini, namun timbul persoalan sejauh manakah langkah itu dapat menjamin kepentingan pengguna untuk mendapatkan air berkualiti.

Dalam pengumuman yang dibuat kepada pihak media, kerajaan bagaimanapun berkata, pihak kementerian sedang berunding dengan beberapa kerajaan negeri untuk mendapatkan persetujuan semua pihak sebelum dilaksanakan.

Kerajaan sepatutnya menjalankan kajian serta perbincangan terlebih dahulu dengan pihak berkepentingan sebelum membuat sebarang pengumuman. Jika keputusan belum dibuat, tetapi sudah diuar-uarkan kepada rakyat, ia hanya membangkitkan kemarahan orang ramai sekali gus mengundang pihak tertentu untuk mengambil kesempatan.

HAZIQ HAKIM

Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN