PUTRAJAYA 24 Jan. – Kabinet telah menugaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebagai sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara untuk menggerakkan satu kajian komprehensif bagi memperincikan maklumat tentang punca peningkatan kos sara hidup di negara ini. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kajian itu dijangka siap dalam tempoh enam minggu sehingga dua bulan lagi. “Kabinet memperakui terdapat sekurang-kurangnya enam komponen menyumbang kepada peningkatan kos sara…










