‘Jutawan pokok’ India meninggal dunia - Utusan Malaysia

‘Jutawan pokok’ India meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UTTARAKHAND 29 Jan. – Aktivis perlindungan hutan, Vishweshwar Dutt Saklani meninggal dunia baru-baru ini ketika berusia 96 tahun.

Portal Oddity Central me­laporkan, beliau yang digelar ‘lelaki pokok’ dikenali seluruh India atas pencapaian menanam lima juta pokok pelbagai jenis berdekatan sebuah bukit di Pujargaon dekat sini.

Lebih menakjubkan, Saklani berjaya mentransformasikan sebuah kawasan tandus berkeluasan 120 hektar (296 ekar) kepada hutan yang subur.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara pokok yang ditanam beliau termasuk rhododendron, burans, semal, bhimal, guava dan Himalayan Oak.

Saklani mula berjinak-jinak dengan minat tersebut sejak berusia lapan tahun.

Lelaki itu mendedikasikan tujuh dekad hidupnya dengan memelihara dan memulihara hutan, sebelum mengalami hilang penglihatan dan meninggal dunia akibat sakit tua.

Beliau menganggap pokok-pokok yang ditanamnya tidak ubah seperti anak atau teman rapat.

Pada masa yang sama, aktivis tersebut menjadikan hobi itu sebagai pengubat duka selepas kehilangan abang dan isteri tersayang.

Lelaki hebat itu menerima pelbagai pengiktirafan terma­suk anugerah Indira Priyadarshani pada 1986 dan beberapa penganugerahan lain atas usaha beliau memelihara alam semula jadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini