UTTARAKHAND 29 Jan. – Aktivis perlindungan hutan, Vishweshwar Dutt Saklani meninggal dunia baru-baru ini ketika berusia 96 tahun. Portal Oddity Central melaporkan, beliau yang digelar ‘lelaki pokok’ dikenali seluruh India atas pencapaian menanam lima juta pokok pelbagai jenis berdekatan sebuah bukit di Pujargaon dekat sini. Lebih menakjubkan, Saklani berjaya mentransformasikan sebuah kawasan tandus berkeluasan 120 hektar (296 ekar) kepada hutan yang subur. Antara pokok yang ditanam beliau termasuk rhododendron, burans,…










