KUALA LUMPUR 10 Jan. – Pemain perseorangan negara, Cheam June Wei akan bertemu juara dunia lima kali dari China, Lin Dan selepas masing-masing melangkah ke suku akhir kejohanan badminton Siri Jelajah Dunia 300 Thailand Masters, hari ini. Pemain negara yang berusia 22 tahun itu menundukkan wakil tuan rumah, Pannawit Thongnuam 14-21, 21-17, 21-16 manakala juara Olimpik dua kali itu terpaksa beraksi hingga set penentuan sebelum menundukkan Lee Cheuk Yiu dari Hong Kong 21-19, 15-21, 22-20. Pertemuan esok merupakan yang pertama buat kedua-dua pemain.-UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya