GEORGE TOWN – Jumlah pengunjung ke Bukit Bendera dijangka bertambah 10 peratus tahun ini berbanding kira-kira 1.74 juta tahun lepas susulan pembukaan Stesen Bawah Bukit Bendera (Fasa Tiga) hari ini. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, jumlah pengunjung tahun lepas itu merupakan yang tertinggi direkodkan Bukit Bendera setakat ini dan dipercayai disumbang oleh penambahbaikan infrastruktur serta tarikan terbaharu ‘The Habitat’ serta lain-lain kegiatan di puncak bukit. “Sebenarnya rekod bagi 2018…










