KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Marudu berkurangan kepada 1,990 orang daripada 504 keluarga setakat pukul 8 pagi ini. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan di sini hari ini berkata, jumlah mangsa telah menurun berbanding semalam iaitu seramai 2,757 orang daripada 789 keluarga. “Kesemua mangsa banjir ditempatkan di 10 PPS berbanding 12 PPS yang dibuka sejak 25 Januari lalu. Dua PPS telah…









