KUALA LUMPUR – Pelakon Jue Aziz mengakui telah bercerai dengan suaminya, pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal.
Bagaimanapun, Jue atau nama sebenarnya, Zuliana Abdul Aziz itu enggan mendedahkan tarikh perceraian dan sebab mengapakah perpisahan tersebut terjadi.
“Kami bercerai dengan cara baik dan tiada sebarang pergaduhan berlaku. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan Bayu juga faham yang perpisahan ini adalah untuk kebaikan masing-masing.
“Walaupun sudah tidak bersama, hubungan kami masih baik sehingga ke hari ini,” katanya kepada Kosmo! sebentar tadi.
Jue bernikah dengan Bayu pada 9 Mac 2014.
Bagaimanapun, pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.
Namun, mereka memiliki seorang anak angkat bernama Darwish Naufal yang kini berusia 5 tahun. – K! ONLINE










