Juan Shen-Kah Ming kerja keras sebelum mara - Utusan Malaysia

Juan Shen-Kah Ming kerja keras sebelum mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Pasangan beregu lelaki, Chooi Kah Min-Low Juan Shen terpaksa bekerja keras hingga ke set penentuan sebelum melangkah ke pusingan kedua kejohanan badminton Siri Jelajah Dunia 500 Malaysia Masters, hari ini.

Pasangan bebas yang kini bernaung dengan kelab badminton Ampang Jaya menundukkan pasangan Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Emil Seidel 21-13, 20-22, 21-19 untuk bertemu pilihan keempat dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen yang menewaskan Ben Lane-Sean Vendy 21-19, 21-10.

Juan Shen berkata, aksi hari ini sangat memuaskan kerana mereka berjaya menggunakan strategi yang betul untuk menang dan pada masa sama berharap dapat meneruskan rentak kemenangan esok.

“Esok perlawanan memang susah kerana akan berjumpa pilihan keempat dari Denmark, jadi kami akan balik dan kaji permainan mereka sebaik mungkin.
“Ini juga adalah pertemuan pertama kami dengan mereka,” katanya ketika ditemui selepas tamat permainan di Axiata Arena, di sini hari ini.

Sementara itu, perseorangan wanita negara, Lee Ying Ying gagal meneruskan kemaraan selepas tewas kepada pemain Russia, Evgeniya Kosetskaya 11-21, 21-15, 17-21.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×