CAMERON HIGHLANDS – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menempatkan alat timbang mudah alih secepat mungkin bagi memudahkan urusan penguatkuasaan ke atas kenderaan perdagangan di sini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah tersebut juga pada masa sama dapat mengelakkan produk pertanian pemilik kebun dan ladang rosak memandangkan untuk pergi ke stesen timbang berhampiran mengambil masa lama. “Ada aduan mengatakan kalau mereka perlu pergi ke stesen timbang tersebut ia akan…










