JPJ tangguh kelulusan pemasangan iklan pada badan kenderaan - Utusan Malaysia

JPJ tangguh kelulusan pemasangan iklan pada badan kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menangguhkan sementara pelaksanaan kelulusan pemasangan iklan pada badan kenderaan buat sementara waktu sehingga 1 April depan.

JPJ dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelaksanaan kelulusan tersebut dahulunya dirancang untuk dilaksanakan pada 1 Januari lalu namun ditangguhkan kerana pihak industri dan syarikat memerlukan lebih masa bagi membuat permohonan.

“Bagi pelaksanaan ini, pemohon perlu mendapatkan kelulusan daripada Bahagian Kejuruteraan Automotif di Pejabat JPJ Negeri.

“Antara jenis kenderaan yang layak dipertimbangkan adalah kenderaan perdagangan (barangan dan perkhidmatan awam), kenderaan persendirian syarikat dan kenderaan e-hailing,” ujar kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan tersebut lagi, permohonan itu dilaksanakan agar setiap kenderaan yang memasang iklan pada badan kenderaan mematuhi syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang termaktub di dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta kaedah-kaedah di bawahnya.

“Pemohon juga diingatkan agar membuat permohonan awal bagi mengelakkan kesulitan di masa akan datang dan memudahkan urusan orang awam,” jelas kenyataan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×