Jokowi didakwa diamkan jenayah rasuah - Utusan Malaysia

Jokowi didakwa diamkan jenayah rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 16 Jan. – Pengerusi Parti Amanat Nasional (PAN), Amien Rais menilai Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi sebagai ‘melakukan kejahatan’ kerana mendiamkan jenayah rasuah yang berlaku di sekelilingnya.

Tribunnews.com melaporkan, perlakuan itu dakwanya, disifatkan sebagai ‘crime of omission’ (suatu kesalahan dikategorikan kepada seseorang yang gagal melaksanakan tindakan yang dikehendaki) mengikut istilah undang-undang.

“Saya bukan pengamal undang-undang tetapi saya ada belajar serba sedikit mengenai undang-undang dan ‘crime of omission’ bermaksud ‘mendiamkan kejahatan’ meskipun menyedari berlaku sesuatu jenayah di sekelilingnya.

“Ini bermaksud beliau boleh dituduh terlibat bersu­bahat dengan penjenayah. Saya melihat, Jokowi bertindak pasif terhadap aktiviti rasuah, maka kita perlu ‘urus’ beliau sungguh-sungguh,” dakwanya.

Beliau berkata demikian dalam forum perbinca­ngan Ganti Nakhoda Negeri? di sini semalam.

Beliau juga menyatakan keyakinan yang Jokowi akan kalah kepada Prabowo Subianto dalam pilihan raya Pre­siden (Pilpres) Indonesia yang bakal diadakan pada April ini.

“Sekiranya seseorang ke­tua negara itu berdiam diri, ini bermakna dia setuju. Di Indonesia, ketua negara belum pernah dibawa ke muka pe­ngadilan. Mungkin dia akan diheret ke mahkamah nanti,” katanya.

Amien yakin kuasa dan ra­suah mempunyai hubungan kait yang rapat.

Beliau turut mendakwa berlaku rasuah skala besar dalam kalangan penguat kuasa membabitkan pembangunan infrastruktur.

“Rasuah yang paling besar berlaku di dalam istana dan konco-konconya. Kegiatan itu berselindung di sebalik projek-projek mega seperti Meikarta, penebusgunaan Teluk Jakarta dan tren laju Jakarta-Bandung,” dakwanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×