JKDM Sungai Petani anjur malam apresiasi kakitangan sambil menderma - Utusan Malaysia

JKDM Sungai Petani anjur malam apresiasi kakitangan sambil menderma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 3 Jan. – Sebanyak RM1,374 berjaya dikumpulkan dalam satu majlis Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sungai Petani di sebuah hotel di sini semalam, untuk disumbangkan kepada Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda.

Ketua Kastam Daerah Sungai Petani, Mohd. Sukri Jusoh berkata, pihaknya melancarkan kutipan tabung dan dalam masa tiga jam sahaja berjaya mengumpul wang sebanyak itu.


“Hasil kutipan telah diserah kepada Pegawai Daerah Kuala Muda, Md. Nordin Yahya selaku pengerusi pertubuhan itu.


“Terima kasih kepada Pengarah Kastam Kedah, Datuk Johari Alifiah kerana berpeluang hadir bagi memeriahkannya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.


Mohd. Sukri berkata, sempena malam itu, berbagai acara menarik diadakan dengan semua kakitangan Kastam memakai pakaian mengikut tema Arab.


“Melalui program seperti ini, ia berjaya mengeratkan hubungan baik antara kakitangan di akhir 2018.


“Banyak kenangan pahit dan manis turut dirasai oleh kakitangan Kastam Daerah Sungai Petani, khususnya dalam menjayakan kutipan cukai selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” katanya,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN