Jin-su bawa Taeguk Warriors ke suku akhir - Utusan Malaysia

Jin-su bawa Taeguk Warriors ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI 22 Jan. – Pemain gantian, Kim Jin-su muncul wira Korea Selatan apabila menanduk gol kemenangan pada masa tambahan untuk membawa juara dua kali itu ke suku akhir selepas menumpaskan Bahrain 2-1, sebentar tadi.

Skuad Taeguk Warriors kini meneruskan misi untuk menamatkan kemarau 59 tahun dan akan berdepan pemenang di antara Iraq atau Qatar dalam suku akhir.

Perlawanan di Stadium Al-Rashid terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 90 minit permainan sebenar.

Selepas mendahului 1-0 menerusi Hwang Hee-chan pada minit ke-43, skuad Taeguk Warriors bimbingan Paulo Bento terpaksa bertarung lebih lama apabila Mohamed Al Romaihi menyamakan kedudukan, 13 minit sebelum tamat permainan.

Jin-su, yang dibawa masuk pada minit ke-96 membalas kepercayaan jurulatih apabila meledak gol kemenangan ketika permainan memasuki minit ke-107.

Biarpun gagal meneruskan cabaran, Bahrain tetap berbangga menjadi pasukan pertama berjaya membolosi gawang Korea Selatan sepanjang kejohanan ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN