KUALA LUMPUR 5 Jan. – Sukar untuk menerima hakikat apabila tindakan licik kontraktor berprofil tinggi yang dianggap ‘jerung’ membeli syarikat-syarikat kecil sebelum mendapatkan tender kerajaan secara kartel adalah sah di sisi undang-undang. Pendedahan itu dibuat Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang bimbang dengan kuasa jerung tersebut menafikan hak kontraktor kecil untuk mendapatkan tender kerajaan secara adil. Menurut Nadzim, pengaruh kontraktor berprofil tinggi itu bukan sahaja…










