Jentera kerajaan tidak boleh diguna untuk kepentingan parti politik - Utusan Malaysia

Jentera kerajaan tidak boleh diguna untuk kepentingan parti politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 15 Jan. – Pendirian Pakatan Harapan dalam mana-mana pilihan raya adalah jelas iaitu tidak membenarkan jentera kerajaan digunakan untuk kepentingan parti politik.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata, beliau sendiri semasa menghadiri proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands baru-baru ini menggunakan kereta sendiri.

Wakil rakyat DAP itu berkata, prinsip tersebut adalah jelas memandangkan polisi berkenaan telah ditetapkan pucuk pimpinan Pakatan Harapan sebelum ini dan pihak kerajaan perlu mematuhinya.

“Jentera kerajaan sama sekali tidak boleh digunakan sama ada dalam PRK ini (Cameron Highlands) dan pilihan raya akan datang,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama atlet orang kurang upaya (OKU) di sini, hari ini.

Sementara itu, Steven Sim enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai soal pemberian duit minyak oleh jentera Pakatan Harapan baru-baru ini.

“Biar mereka di Cameron Highlands terangkan. Bagi saya perkara itu sudah dijelaskan dan menteri juga sudah beri kenyataan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×