KUALA LUMPUR 31 Jan. – Satu penjenamaan semula Dasar Ekonomi Baharu (DEB) perlu diperkenalkan kerajaan pada waktu ini bagi membantu mempertingkatkan ekonomi bumiputera yang didapati masih jauh ketinggalan dan belum berada pada tahap yang memuaskan. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (MTEM), Ahmad Yazid Othman berkata, kebergantungan bumiputera kepada kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC) masih perlu berikutan terdapat pihak yang telah lama memonopoli pasaran. Bahkan, katanya, jurang pendapatan…










