MELBOURNE 5 Jan. – Polis Australia giat melakukan siasatan selepas sejumlah jarum ditemukan dalam gugusan buah anggur yang dibeli daripada sebuah pasar raya di sini baru-baru ini.
Channel News Asia melaporkan, Skender Hasa dan isterinya, Shams Alsubaiy sedang menikmati buah anggur selepas makan malam sebelum menemukan jarum-jarum tersebut.
Hasa memberitahu, dia menemukan jarum tertanam dalam buah anggur selepas dia membelah buah tersebut.










