SEJAK kelmarin lagi tular video memaparkan Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum terkinja-kinja menari bersama individu lain di atas pentas. Terkejut juga saya. Teringat pula saya kisah bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan yang juga pakar undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, Tan Sri Dr. Rais Yatim. Suatu ketika sekitar tahun 2000, seorang Ketua Hakim Negara melenting terhadap Rais berikutan ulasannya yang waktu itu Menteri di Jabatan Perdana…










