AMALAN penajaan dalam bidang sukan masih dipandang sepi di Malaysia. Tidak hairanlah atlet, pasukan atau persatuan sukan di negara ini berdepan masalah penajaan, dalam erti kata lain kantung kosong. Disebabkan tiada penajaan, potensi atlet atau sesebuah pasukan itu akhirnya terkubur. Di mana silapnya? Adakah bidang sukan masih belum mendapat kepercayaan industri atau konglomerat di negara ini. Seharusnya dalam sukan profesional, budaya penajaan sudah menjadi amalan yang dipraktikkan dengan hebat sekali.…









