TRAGEDI lemas yang meragut nyawa tiga beradik di Dungun, Terengganu baru-baru ini merupakan satu insiden menyayat hati sebagai menutup tirai 2018. Meskipun ada kejadian-kejadian lain yang meragut jiwa seperti kemalangan jalan raya tetapi kejadian lemas di Pantai Sura ini mendapat liputan meluas media massa. Hal ini disebabkan kejadian berlaku ketika sesi persekolahan akan bermula dan kejadian membabitkan tiga beradik antara 6 hingga 10 tahun. Amat menyedihkan kerana ibu bapa mereka…










