JOHOR BAHRU 9 Jan. – Dewan Muda Johor (DMJ) mencadangkan supaya Universiti Johor dijadikan ‘pilot project’ ke arah pendidikan percuma sekali gus mampu menterjemahkan janji kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjadikan negara yang memberikan keistimewaan itu. Ahli Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi dan Kerjaya DMJ, Mohamad Afiq Mohd. Alim berkata, mereka menyambut baik cadangan mewujudkan sebuah lagi universiti awam di negeri ini kerana dapat memberikan lebih banyak peluang anak muda melanjutkan pengajian ke…










