GELAGAT seorang lelaki yang meninggalkan kumpulannya ketika menjamu selera bagi melepaskan gian untuk merokok di sebuah medan selera di Ipoh baru-baru ini menarik perhatian penulis. Selepas selesai merokok di satu sudut agak jauh daripada orang ramai yang hanya mengambil masa selama beberapa minit, lelaki tersebut kembali menyertai kumpulannya berhampiran dengan meja penulis. Ketika itu, penulis bersama suami dan seorang anak kecil yang sudah tentu tidak akan berasa selesa sekiranya lelaki…










