Jadi PM tempoh singkat, apa Dr. Mahathir sempat buat? - Utusan Malaysia

Jadi PM tempoh singkat, apa Dr. Mahathir sempat buat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 2 Jan. – Tun Dr. Mahathir Mohamad wajar mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri dalam tempoh sekurang-kurangnya sepenggal, berbanding dua tahun sebagaimana yang dirancang oleh parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, jika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri hanya dua tahun, persoalan yang timbul ialah apa yang sempat dilakukan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tersebut dalam tempoh sesingkat itu?

“Bukan Pas soal sokong Dr. Mahathir atau tidak sebab bukan parti kita pun. Apa sahaja PH putuskan, Pas tak ada masalah kerana dia dipilih menerusi jalan demokrasi. Kalau mereka setuju, sambunglah (tempoh perkhidmatan).

“Pandangan saya sama seperti Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebelum ini,. Eloklah Dr. Mahathir habiskan tempoh sepenggal sebagai Perdana Menteri supaya beliau dapat buat reformasi dan lain-lain agenda yang dirancang.

“Ada banyak perubahan atau reformasi yang dia rancang tapi apa yang beliau sempat buat dalam masa singkat?” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Pas Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini. 

Ketika Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kali Ke-2 baru-baru ini, terdapat usul dikemukakan para perwakilan agar Dr. Mahathir terus memegang jawatan Perdana Menteri selama satu penggal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN