Jabatan Perikanan rampas 10 guni benih kerang - Utusan Malaysia

Jabatan Perikanan rampas 10 guni benih kerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT 3 Jan.- Jabatan Perikanan daerah ini merampas 10 guni benih kerang bernilai RM6,000 dalam serbuan di persisiran pantai Sungai Tiram, Lekir dekat sini semalam.

Ketua Pangkalan Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Malaysia Lumut, Mansor Yobe berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan mengenai pengutipan benih kerang secara haram di persisiran pantai tersebut.

Menurutnya, serbuan dilakukan oleh Cawangan Perlindungan Sumber jabatan itu  dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Kampung Acheh.

Katanya, serbuan melibatkan seramai 10 anggota dari cawangan Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Kampung Acheh dan Pasukan Polis Marin yang digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengekang aktiviti menyeludup benih kerang.

“Bagaimanapun ketika sampai ke lokasi kejadian kesemua suspek telah melarikan diri ke hutan bakau berdekatan dan benih kerang telah ditinggalkan. 

“Hasil rampasan  dibawa ke cawangan Perlindungan Sumber Kampung Acheh untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Perikanan(Pemeliharaan dan Kultur Kerang) 2002. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN