OSLO 9 Jan.- Isteri hartawan Norway yang hilang beberapa minggu lalu dipercayai diculik dari rumahnya yang terletak sekitar Lorenskog, di sini. Agensi berita tempatan melaporkan Anne-Elisabeth Falkevik, 68, dilaporkan hilang sejak 31 Oktober tahun lalu. Penculik dikatakan mengancam untuk menyeksa Falkevik jika keluarganya gagal melunaskan wang tebusan bernilai AS$ 10 juta (RM41 juta) yang diarahkan dibayar dalam mata wang kripto. Berdasarkan laporan majalah Kapital, suami Falkevik, Tom Hagen, 68, menduduki tangga ke 172 sebagai individu terkaya di Norway. Pelabur hartanah itu memegang 70 peratus pemilikan terhadap Elkraft, sebuah syarikat perusahaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya