BAITULMUQADDIS 16 Jan. – Beberapa keluarga di kawasan perumahan di Sheikh Jarrah di sini bakal kehilangan tempat tinggal apabila Israel mengarahkan supaya mereka berpindah bagi memberi ruang kepada keluarga Israel menetap di kediaman mereka.
Al-Jazeera melaporkan, Israel sebelum ini mengarahkan supaya kesemua keluarga tersebut berpindah sehingga 23 Januari namun peguam yang mewakili keluarga berkenaan memaklumkan bahawa pihak berkuasa Israel bersetuju melanjutkan arahan pemindahan sehingga keputusan muktamad dicapai dalam tempoh sebulan.
Kesemua keluarga tersebut sudah menetap di kawasan perumahan berkenaan sejak 1956. – AGENSI










