Israel bom Syria, 11 orang terbunuh - Utusan Malaysia

Israel bom Syria, 11 orang terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK, Syria – Israel mengebom beberapa sasaran di Syria semalam, mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 pejuang pro-Presiden Bashar Al-Assad terbunuh termasuk dua rakyat tempatan, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

Tentera Israel berkata, pihaknya menyasarkan sebilangan kemudahan tentera Iran di negara itu awal semalam, beberapa jam selepas Rejim Zionis memintas sebuah roket yang ditembak dari wilayah Sy­ria.

Menurut SOHR, sera­ngan ke atas Syria tersebut adalah yang paling buruk sejak Mei tahun lalu.

“Serangan Israel yang menyasarkan kedudukan tentera Syria dan Iran berdekatan dan di selatan Damsyik telah mengorbankan sekurang-kurangnya 11 pejuang termasuk dua rakyat tempatan,” kata Pengerusi SOHR, Rami Abdel Rahman.

“Sasaran yang dibedil termasuk depot senjata milik pergerakan Syiah, Hizbollah dan pejuang Iran,” tambahnya.

Menurut SOHR lagi, serangan udara dan bedilan peluru berpandu darat ke darat mengenai beberapa sasaran lain di sekitar Damsyik termasuk berhampiran lapangan terbang di ibu kota Syria tersebut.

Israel sebelum ini berikrar akan menghalang musuh utamanya, Iran daripada membina kekuatan tentera di Syria.

Pada Mei 2018, serangan Israel mengorbankan 27 pejuang pro-Bashar terma­suk 11 rakyat Iran. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×