KUALA LUMPUR 30 Jan. – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan Jawatankuasa Paralimpic Antarabangsa (IPC) sebagai pengecut kerana telah membatalkan hak Malaysia menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019. Sehubungan itu, PPIM menggesa rakyat Malaysia bersatu hati tanpa mengira pegangan politik, bangsa dan agama untuk berdiri teguh menolak penyertaan atlet Israel memasuki negara ini. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan menghalang dua atlet zionis itu telah menunjukkan…










