KUALA TERENGGANU 6 Jan. – Indeks jenayah di Terengganu menurun sebanyak 19.3 peratus sepanjang tahun lalu berbanding tahun sebelumnya. Ketua Polis negeri, Datuk Aidi Ismail berkata, daripada 1,823 kes yang direkodkan tahun lalu sebanyak 1,206 kes atau 66.2 peratus berjaya diselesaikan. “Berbanding tahun 2017, terdapat sebanyak 2,257 kes dilaporkan dengan 1,706 daripadanya diselesaikan,” katanya. Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Rendah Polis Cawangan Specialist Kontinjen…










