Ibu cemas bayi terkunci dalam kereta - Utusan Malaysia

Ibu cemas bayi terkunci dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG 6 Jan. – Seorang ibu berhadapan detik cemas apabila bayi perempuan berusia lingkungan setahun terkunci dalam kereta ketika dia sedang mengeluarkan wang di mesin ATM sebuah bank di bandar ini, petang tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika wanita berkenaan meninggalkan anaknya yang sedang tidur di kerusi hadapan sebelah pemandu dengan keadaan enjin masih hidup.

Ketika keluar daripada kereta jenis Perodua Kancil itu, dia tanpa sengaja telah menutup kenderaan dalam keadaan keempat-empàt pintu terkunci dari dalam.

Menurut saksi, ibu kepada bayi berkenaan cuba membuka pintu kenderaannya namun gagal lalu meminta bantuan orang awam yang berada di kawasan sekitar.

Bagaimanapun, usaha orang ramai yang membantu untuk membuka pintu kereta tersebut menemui jalan buntu sebelum mereka menghubungi anggota bomba dan penyelamat daerah kira-kira jam 4.15 petang.

Bayi tersebut akhirnya berjaya diselamatkan sepasukan anggota bomba yang bertindak mengumpil pengunçi kereta dengan menggunakan alat khas.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Marang ketika dihubungi Utusan Online mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, ibu bayi berusia lingkungan 40-an yang enggan dikenali itu mengatakan, kejadian mencemaskan itu merupakan yang pertama kali berlaku dalam hidupnya.

“Nak buat macam mana, perkara dah nak berlaku, saya tak pernah menduga ia boleh terjadi”, katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×