KUALA LUMPUR 18 Jan. – Ibu kepada bekas Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor meninggal dunia sekitar pukul 7.40 malam tadi. ALLAHYARHAMAH MEREYAH Mereyah @ Besah Man, 80, menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di rumah anak tunggalnya itu di Bandar Seri Putra, Bangi, dekat sini. Menurut Hassan, jenazah ibunya akan dikebumikan di kampung halamannya di Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang esok pagi. – UTUSAN ONLINE










