ALOR GAJAH 16 Jan. – Orang ramai diminta tampil membantu mengesan waris kepada lima orang kanak-kanak yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka sejak September lalu. Kesemua mereka yang berusia antara enam hingga 12 tahun dan berketurunan India itu ditinggalkan oleh ibu kandung mereka di Pusat Jagaan Kasih Sayang Angel dan kini menghilangkan diri. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Alor Gajah, Ansharey Matasarsad berkata, wanita berkenaan dipercayai meninggalkan anak-anaknya di pusat…










