Hong Pin kenapa tidak pertahan MB? - Utusan Malaysia

Hong Pin kenapa tidak pertahan MB?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 16 Jan. – Sebuah laman sosial mempersoalkan mengapa Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi negeri, Tan Hong Pin mendiamkan diri dalam isu Menteri Besar, Datuk Osman Sapian yang didakwa menceroboh perairan Singapura.

Menurut Facebook Ops Johor, Hong Pin yang juga Setiausaha DAP Johor berada bersama-sama Osman semasa Menteri Besar itu melawat anggota dan pegawai Jabatan Laut Malaysia yang bertugas di atas kapal MV Pedoman baru-baru ini.

Entri terbaharu Facebook Ops Johor dengan tajuk DAP mahu MB Johor ditukar? turut memuat naik gambar yang memaparkan Osman dan Hong Pin sedang melihat peta dipercayai semasa lawatan ke MV Pedoman itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Yang Ops Johor paling nak tanya kepada Tan Hong Pin, Exco Kerajaan Tempatan, Sains Dan Teknologi. Bukan dia naik satu kapal bersama-sama dengan lawatan Osman Sapian ke? Kenapa tak bersuara?.

“Walaupun kita boleh jangka Tan Hong Pin akan jawab itu bukan portfolio dia…Tapi dia ikut Osman Sapian dan ada gambar dia siap tengok peta lagi? Jadi, dia mesti tahu apa yang berlaku kan? Sekurang-kurangnya pertahankanlah bos,” kata facebook itu.

Laman sosial itu turut memetik kenyataan Pengerusi PKR Johor, Hasaan Karim yang membidas kerajaan Pusat dan negeri kerana mengambil sikap membisu serta berdiam diri apabila Osman ‘dibelasah’ Menteri-menteri Singapura salam dan luar parlimen mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN