Hishammuddin kesal kerajaan pinggirkan veteran ATM - Utusan Malaysia

Hishammuddin kesal kerajaan pinggirkan veteran ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 16 Jan. – Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein melahirkan keresahan terhadap masa depan golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang seolah-olah dipinggirkan tanpa pembelaan sewajarnya oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam perjumpaan bersama bekas veteran ATM Felda Sungai Koyan di sini hari ini beliau berkata, tidak ada apa-apa yang signifikan dilakukan kerajaan PH dalam membantu golongan veteran selepas sembilan bulan memerintah.

“Seperti semua maklum semasa saya memimpin Kementerian Pertahanan agenda veteran merupakan sesuatu yang cukup dekat di hati saya dan kita bukukan apa yang kita hendak lakukan dari segi perubatan, kesihatan, pendidikan anak cucu dan perumahan.

“Kalau sekiranya ini berterusan saya bimbang mereka yang tidak berdosa ini menjadi mangsa, cukup-cukuplah berpolitik, cukup-cukuplah menuding jari kepada kerajaan terdahulu,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis ramah mesra bersama veteran ATM di Felda Sungai Koyan 1 di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×