Hindari kawasan pantai perairan pantai timur Semenanjung - Maritim Malaysia - Utusan Malaysia

Hindari kawasan pantai perairan pantai timur Semenanjung – Maritim Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengingatkan orang ramai dan komuniti maritim termasuk warga Maritim Malaysia supaya menghindari kawasan pantai di perairan pantai timur Semenanjung sehingga Ahad ini, susulan amaran ribut tropika Pabuk.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, amaran cuaca buruk (jingga) yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) pada 11.45 pagi hari ini melaporkan ribut tropical Pabuk kini berada di kedudukan 6.1 darjah utara, 104.5 darjah timur dan dijangka bergerak 15 kilometer sejam (kmsj) ke arah barat laut menghampiri Segenting Kra (Sempadan Malaysia-Thailand).

“Semua peringkat komuniti maritim disaran mengambil langkah-langkah sewajarnya terhadap keselamatan bot-bot dan kapal-kapal milik masing-masing.

Mereka dinasihatkan tidak menjalankan aktiviti-aktiviti seperti menangkap ikan, memancing, rekreasi pelancongan dan lain-lain berikutan laporan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh JMM.

“Anggota-anggota Maritim Malaysia yang berada di lapangan dikehendaki dari semasa ke semasa menentukan aset-aset kerajaan dan bot-bot tahanan di bawah naungan masing-masing diletak di bawah pengawasan agar terhindar daripada ancaman cuaca buruk yang sedang melanda ini,” katanya.

Mohd Zubil berkata, amaran cuaca buruk yang dikeluarkan JMM itu boleh menyebabkan hujan lebat, angin kencang melebihi 60 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter di peraraian Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN