KUANTAN 3 Jan. – Kerajaan Pakatan harapan (PH) diminta melaksanakan kembali projek pembinaan Jalan Pos Betau-Pos Lenjang di Cameron Highlands, dekat sini yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu demi manfaat penduduk khususnya kira-kira 4,000 masyarakat Orang Asli di situ. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek bernilai RM15 juta itu diluluskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cameron Highlands pada Ogos 2016 selain dua…










