KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan hari ini meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, peletakan jawatan itu merupakan hak Sultan Muhammad V dan setiap pihak perlu menghormati pendirian baginda. “Bagi saya tak payah (buat spekulasi). Itu pilihan baginda sendiri. Baginda sendiri yang pilih untuk meletak jawatan jadi kita…










