Hentikan politik ugutan dan paksaan - Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Hentikan politik ugutan dan paksaan – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Budaya politik berlandaskan ugutan dan paksaan perlu dihentikan seiring dengan prinsip Malaysia baharu kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Saya melahirkan kebimbangan bahawa politik paksaan dan ancaman harus berakhir. Ini adalah Malaysia baharu. Saya fikir ia (politik paksaan dan ancaman) telah berakhir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Wheel Walk Fun Runsempena sambutan Hari OKU (Orang Kurang Upaya) peringkat Kebangsaan 2018 serta program Tambah Emas yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di sini.

Syed Saddiq diminta mengulas kenyataan Anggota Dewan Negara Senator Bob Manolan Mohamad yang didakwa mengugut para Tok Batin bahawa mereka tidak akan dibayar gaji sekiranya enggan menyokong kerajaan persekutuan.

Beliau juga sependapat dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa pembayaran gaji kepada Tok Batin akan tetap diteruskan walaupun mereka (Tok Batin) tidak menyokong kerajaan persekutuan. –  Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN