KUALA LUMPUR – Tindakan masyarakat yang sering menularkan sesuatu kejadian jenayah menerusi media sosial memberikan kesukaran kepada pihak polis untuk menjalankan tugas. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, insiden yang tular di media sosial akan menyebabkan masyarakat terus menjatuhkan hukuman kepada individu yang dipaparkan dalam sesuatu video. “Perkara itu sedikit sebanyak memberi kesukaran kepada pihak polis kerana orang ramai menjatuhkan hukum begitu sahaja di mana ia mungkin…










