PENULIS agak terkilan dengan sikap pemimpin negara yang terus menerus memperlekeh dan memburuk-burukkan bangsa sendiri seolah-olah tiada yang baik di mata mereka. Melayu pemalas, Melayu bertongkat dan segala macam gelaran negatif kepada orang Melayu sedangkan kita sudah memasuki 2019 dan sikap Melayu sebenarnya sudah jauh berubah berbanding 20 atau 30 tahun lalu. Penulis tidak pasti indikator apa yang digunakan oleh pemimpin terbabit yang terus-menerus menganggap orang Melayu malas sedangkan malas…










