Hapus akta diskriminasi kaum dan jantina - Ramasamy - Utusan Malaysia

Hapus akta diskriminasi kaum dan jantina – Ramasamy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Kerajaan disarankan untuk menggubal undang-undang khas dan menghapuskan akta bagi mengelakkan diskriminasi kaum dan jantina di negara ini.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy berkata, perkara tersebut bagi mengelakkan berlakunya perbezaan antara semua pihak termasuk dalam aspek peluang pekerjaan.

Katanya, beliau menzahirkan kekecewaan terhadap segelintir penduduk di negeri ini yang masih mengamalkan sikap perbezaan terhadap seorang penduduk, Divyang Hong, 25, apabila mengetahui dia bukan berbangsa Cina tulen.

“Ini bukan perkara yang sering kita dengar di Pulau Pinang, tetapi sebenarnya belaku di seluruh negara, bahkan turut berlaku di seluruh dunia. Tetapi, dalam konteks Malaysia, secara tidak langsung bertentangan dasar keharmonian dan perpaduan negara.

“Di Amerika Syarikat ada undang-undang yang mencegah keadaan seumpama ini berlaku, iaitu akta ‘equal employment opportunity act’, manakala di Malaysia masih tidak ada lagi akta seperti itu,” katanya yang dipetik menerusi laporan Free Malaysia Today di sini hari ini.

Ramasamy, turut memberi jaminan akan mengambil tindakan terhadap pemilik rumah terbabit bagi menghapuskan diskriminasi kaum di negeri berkenaan.

“Perkara ini akan kami bincang dalam mesyuarat exco dan saya akan beri jaminan kerajaan Pulau Pinang akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang,” katanya.

Sebelum ini, lelaki yang berasal dari Sungai Petani Kedah, tular dalam media sosial apabila usahanya untuk mendapatkan bilik sewa gagal selepas kira-kira 10 pemilik rumah sewa di Bukit Mertajam yang sedia menyewakan bilik kepada ‘lelaki Cina’ menolak permintaannya sebaik sahaja dia memberitahu mereka, dia bukan Cina tulen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×