Hanya UMNO, Pas 
mampu bela Islam - Utusan Malaysia

Hanya UMNO, Pas 
mampu bela Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
KITA hanya ada dua buah parti politik yang mempertahankan Islam, bumiputera, raja, kedaulatan negara dan undang-undang iaitu UMNO dan Pas.

Sejak UMNO tidak memerintah bermula 9 Mei lalu, pelbagai cabaran datang menimpa menguji kesabaran kita sema ada boleh bertahan atau menjadi bangsa bangsat di negara tercinta ini. Jangan pandang UMNO sebelah mata. Mereka perlekeh UMNO kerana sudah tidak memerintah, sudah tidak relevan, ibarat kapal sudah bocor, kapal hampir karam dan pelbagai ungkapan. Tetapi kita mesti ingat, UMNO telah berjasa kepada negara, bangsa dan rakyat terutama masyarakat di luar bandar. Daripada kampung dipenuhi hutan belukar kini menjadi pekan kecil, jalan raya tar, air paip, elektrik, sekolah, masjid, surau,balai raya, klinik kesihatan dan sebagainya. Di bandar, pengangkutan awam dipermodenkan dan lebuh raya.

Walaupun UMNO tewas tetapi perjuangannya tidak hilang, ia tetap kekal. Membujur lalu, melintang patah. Patah dahan berpaut, ranting berguna juga. Patah kaki bertongkat paruh. UMNO mesti meneruskan perjuangannya. Ia menjadi harapan orang Melayu, Islam, bumiputera dalam memartabatkan bangsa, bahasa, raja dan membela kaum lain yang ingin hidup sejahtera di negara ini.

Pas patut berkongsi tenaga bersama UMNO mempertahankan Islam, negara bangsa daripada dinafikan oleh orang lain sebelum nasi menjadi bubur.

HASHIM RAMLEE

Sabak Bernam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN