Hanya pergaduhan, tiada sentimen perkauman - Utusan Malaysia

Hanya pergaduhan, tiada sentimen perkauman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Jan.- Polis mengesahkan kekecohan yang berlaku di sebuah flat sekitar kawasan Salak Selatan di sini semalam tidak membabitkan sentimen perkauman.


MOHAMED MOKHSEIN MOHAMED ZON
MOHAMED MOKHSEIN MOHAMED ZON 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, kejadian hanya berpunca daripada pergaduhan antara dua lelaki dan bukannya seperti yang tersebar di aplikasi WhatsApp dan laman sosial. 


“Kekeliruan timbul kerana kehadiran ramai anggota polis di lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan berhubung kejadian. Bagaimanapun, tiada pergaduhan besar seperti yang tular di WhatsApp sejak malam tadi.


“Kejadian tidak melibatkan rusuhan atau pergaduhan antara kaum,” tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Dalam pada itu, menurut Mohamed Mokhsein, seorang lagi lelaki ditahan ketika membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan sejurus selepas kejadian.


Ujar beliau, pihaknya akan memohon perintah reman bagi menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.


Dalam kejadian pukul 7.45 malam tadi, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan telah berlaku insiden pergaduhan antara dua individu di kawasan flat berkenaan dan kedua-duanya ditahan dan kemudian diberi rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).


Siasatan awal mendapati seorang daripada dua suspek itu mempunyai lima rekod lampau membabitkan kes gaduh dan dadah.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN