Hanya mampu beli sepasang kasut hitam - Utusan Malaysia

Hanya mampu beli sepasang kasut hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 13 Jan. – Hanya mampu membeli sepasang kasut hitam un­tuk pasangan kembar, bi­ar­pun kedua-duanya mahukan kasut serupa.

Keadaan itu menyebabkan Saifuddin, 11, terpaksa memakai kasut putih dan sesekali bertukar dengan hitam milik abang kembarnya, Saifullah.

Begitu juga dengan yuran sekolah, yang hanya dijelaskan secara berperingkat-peringkat di­sebabkan perlu mengutamakan keperluan yang lebih mendesak.

Itulah roda kehidupan yang terpaksa dilalui Jamal Rashid Zakaria, 39, dalam membesarkan empat anaknya disebabkan kekangan kewangan.

“Sebagai pasangan kembar, mereka mahukan semuanya sama tetapi saya tidak berkemampuan untuk menyediakan seperti yang mereka kehendaki, sebab pendapatan saya perlu diagihkan untuk keperluan lebih mendesak.

“Sebagai bapa tentu sekali saya sedih, tetapi apa yang lebih pen­ting biarpun tanpa kasut hitam, mereka tetap bersemangat untuk ke sekolah,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Jamal Rashid berkata, dengan pendapatannya yang tidak menentu, dia tidak mampu untuk menyediakan segala keperluan untuk keluarga dan anak-anak.

Katanya, dia perlu menjelaskan sewa rumah serta kos penjagaan dua anaknya yang masih kecil, selain keperluan harian menyebabkan banyak perkara perlu dicatu.

“Lebih-lebih lagi sekarang ini semua barang mahal menyebabkan orang saya terpaksa hidup dalam keadaan tertekan tetapi Insya-Allah selagi terdaya saya akan berusaha untuk keluarga.

“Paling penting pendidikan untuk anak-anak, walaupun dalam serba kekurangan, saya tidak mahu mereka tercicir dalam pelajaran,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×