GAZA CITY 6 Jan. – Pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza menahan lima lelaki susulan serbuan di ibu pejabat media Pihak Berkuasa Palestin. Lima lelaki bersenjata menyerang pejabat Syarikat Penyiaran Palestin di Gaza City pada Jumaat lalu dan merosakkan peralatan yang bernilai ribuan dolar. Pusat media itu dibiayai oleh kerajaan Palestin dan menempatkan Palestine TV dan stesen radio Voice of Palestine. “Kesemua yang ditahan merupakan kakitangan Pihak Berkuasa Palestin yang dipotong…










